Pemegang pangkat Fil Marsyal (India)

Sam Manekshaw

Rencana utama: Sam Manekshaw

Sam Manekshaw, MC (3 April 1914 – 27 Jun 2008),[7][2] juga dikenali sebagai "Sam Bahadur" ("Sam the Brave"), merupakan pegawai Tentera Darat India pertama yang dinaikkan pangkat ke field marshal.[6] Ditauliahkan ke dalam Tentera India British pada 1 Februari 1935 dengan senioriti anté–date ditetapkan pada 4 Februari 1934,[8] Kerjaya tentera cemerlang Manekshaw menjangkau empat dekad dan lima peperangan, bermula dengan tugasan dalam Perang Dunia II. Beliau pertama kali diserapkan ke Batalion Ke-2 Royal Scots, dan kemudian ditempatkan ke Batalion Ke-4 Rejimen Ke-12 Pasukan Sempadan, yang biasanya dikenali sebagai Sikh Ke-54. Selepas pembahagian India, beliau telah ditugaskan semula ke Rejimen Ke-16 Punjab.[9][10][11]

Manekshaw menjadi Ketua Turus Ke-8 Tentera Darat India pada tahun 1969,[12] dan dibawah pemerintahannya tentera India berjaya menjalankan kempen terhadap Pakistan dalam Perang India-Pakistan 1971 yang membawa kepada Kemerdekaan Bangladesh pada Disember 1971. Hasil muktamad yang dicapai oleh Tentera Darat India semasa perang ini, dibawah kepimpinan cekap Manekshaw, memberikan rasa percaya yang baru kepada negara,[13] dan sebagai mengiktiraf khidmat baktinya, pada Januari 1973 Presiden India mengurniakan pangkat field marshal kepadanya.[1] Kemudian, beliau juga dianugerahkan pingat Padma Vibhushan dan Padma Bhushan, iaitu anugerah awam kedua dan ketiga tertinggi India, bagi khidmat baktinya pada negara.[10][14]

Kontroversi

Walaupun Sam Manekshaw dikurniakan pangkat field marshal pada tahun 1973, ia dilaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima elaun lengkap sebagai field marshal. Sehinggalah Presiden Abdul Kalam mengambil inisiatif untuk menemui Manekshaw di Wellington, dan memastikan bahawa field marshal dihadiahkan dengan cek bernilai ₹1.3 crore –tunggakan gajinya selama lebih 30 tahun. Lebih mengejutkan lagi, pengebumian Manekshaw tidak dihadiri oleh orang-orang atasan dari jabatan awam, tentera, dan politik.[3][15]

Kodandera Madappa Cariappa

Rencana utama: Kodandera M. Cariappa

Kodandera Madappa Cariappa, OBE (28 Januari 1899 – 15 Mei 1993),[16] merupakan rakyat India pertama yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat India. Kerjaya cemerlang tenteranya menjangkau hampir tiga dekad. Cariappa menyertai Tentera Darat India British pada 1 Disember 1919, dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda sementara dalam 2/88 Carnatic.[16] Beliau kemudian ditukarkan ke Raifal 2/125 Napier, kemudian ke Rejimen Ke-7 Prince of Wales Own Dogra pada Jun 1922, dan akhirnya ke 1/7 Rajput, yang menjadi rejimen induknya.[5][17][18]

Beliau merupakan pegawai India pertama menghadiri kursus di Maktab Turus, Quetta, orang India pertama memerintah sebuah batalion[lower-alpha 2] dalam Tentera Darat India,[20] dan juga merupakan salah seorang dari dua rakyat India yang terpilih menjalani kursus latihan di Maktab Pertahanan Imperial,[21] Camberly, UK. Beliau berkhidmat di beberapa tugasan staf di pelbagai unit dan markas pemerintahan (HQ) dan juga di Markas Besar, New Delhi.[5]

Beliau memimpin tentera India di Kashmir semasa Perang India-Pakistan 1947. Beliau adalah anggota Jawatankuasa Kecil Tentera Darat bagi Jawatankuasa Pemulihan Angkatan Tentera, yang memisahkan Tentera India British kepada Tentera Darat India dan Tentera Darat Pakistan selepas Pembahagian India pada tahun 1947.[22] Selepas persaraannya dari Tentera Darat India pada tahun 1953, beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Australia dan New Zealand sehingga tahun 1956.[23][24] Sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan cemerlangnya kepada negara, Kerajaan India mengurniakan pangkat field marshal kepada Cariappa yang berusia 87 tahun, pada 28 April 1986.[5][4]

Rujukan

WikiPedia: Fil Marsyal (India) http://www.indiandefencereview.com/spotlights/the-... http://timesofindia.indiatimes.com/tarun-vijay/the... http://www.ndtv.com/india-news/remembering-sam-man... http://www.outlookindia.com/magazine/story/play-it... http://indianarmy.nic.in/Site/FormTemplete/frmTemp... http://indianarmy.nic.in/Site/FormTemplete/frmTemp... http://indianarmy.nic.in/Site/FormTemplete/frmTemp... http://www.hcindia-au.org/previous-high-commission... https://www.scoopwhoop.com/Highest-ranks-in-Indian... https://www.theguardian.com/world/2008/jun/30/indi...